Adam dijadikan dari tanah liat yang diperintahkan Allah kepada malaikat Izrael mengambilnya dari 7 penjuru bumi.
Setelah disimpan disisi Allah sekian lamanya, maka tiba saatnya Allah membentuk lembaga Adam menjadi jasad sertaditiupkan kejasadnya roh dengan kudrat Illahi.
Setelah roh dimasukkan kejasad Adam dari kepalanya hingga kedada, tiba-tiba Adam ingin bangkit, lalu ditegah oleh Allah agar jagan tergesa-gesa dengan itu.
Akhirnya Adam sempurna jasad dan rohnya dan dengan perintah Allah, para malaikat diminta sujud sebagai tanda hormat kepada manusia pertama ciptaan Allah ini yang akan menjadi Khalifah dibumi suatu hari nanti.
Semua Malaaikat sujud kepadanya, kecuali Azazil, ketua malaikat ketika itu yang enggan sujud dengan berkata, "bagaimana Aku akan sujud kepada manusia yang Engkau (Allah) jadikan d a ari tanah liat yang kotor dan hina, sedangkan Aku Engkau jadikan daripada Api".
Allah amat murka dengan kata-kata Azazil tadi, sehingga murka Allah membuatkan Azazil yang amat taat pada Allah suatu ketika dulu menjadi kafir dan dilaknanti Allah dan berubahlah rupanya yang menarik kepada bentuk yang paling hodoh dan jelek sekali.
Sambil IbAlis ini memohon disisi Allah mengganggu keturunan Nabi Adam ini sehingga hari kiamat dan tidak akan mati kecuali tiba masa kiamat.
Allah mengizinkanya, kecuali satu perkara iaitu tidak boleh menyerupai kekasihNya Muhammad. Sekiranya ia cuba juga menyerupai wajah Nabi Muhammad SAW, maka jasadnya akan hancur menjadi debu.
Adam memulakan hidupnya di Syurga dengan segala kemewahan sedangkan Iblis dihalau dari Syurga setelah dilaknanti oleh Allah.
Nabi Adam bersendirian ditaman Syurga, sehinggalah pada suatu hari Jumaat, sedang ia tertidur dengan lenanya, Allah mengeluarkan salah satu tulang rusuk kiriNya dan darinya dijadikan jasad Siti Hawa untuk menjadi pasangan hidupnya.
Setelah mereka berdua sekian lama, perhubungan mereka terbatas, sehinggalah Allah mengijab kabulkan mereka berdua dan jadilah mereka suami isteri yang sah mulai saat itu.
Maka Allah memberi peringatan kepada mereka berdua agar bersuka rialah kedua nya disyurga Allah dengan penuh kenikmatan dan jangan dekati satu jenis pohon larangan Allah disyurga itu, sekiranya tidak mahu tergolong kedalam golongan yang teraniaya, iaitu pokok Khuldi.
Iblis sentiasa mencari helah dan muslihat untuk menggoda Nabi Adam dan pasangan tersebut dengan berbgai cara dan kaedah.
Suatu ketika, Iblis menyamar seekor ular untuk menyusup masuk kedalam Syurga untuk mengintip rahsia Allah disisi Nabi Adam.
Pada suatu hari Iblis dapat mendekati Nabi Adam dan membisikan satu rahsia yang diketahuinya dari sisi Allah dengan memberi tahu kepada adam, sekiranya mereka berdua ingin tinggal lama didalam Syurga, maka makanlah buah yang dinamakan Khuldi.
Adam merasa sangsi pada permulaannya, sehinggalah berulang kali Iblis membisikkan pada mereka, akhirnya mereka berdua terpedaya juga dengan bisikan Iblis ini lalu mendekati pokok tersebut dan memakan buahnya.
Dengan serta merta angin bertiup dengan kencangnya sehingga pakaian kedua pasangan tersebut tertanggal dan hilang tiada seurat benang dibadan mereka. Dengan secepat kilat mereka mencapai daun dun kering yang berterbangan disekeliling mereka untuk menutup badan mereka berdua.
Allah Maha mengetahui, dan menempelak keduaNya dengan mengtakan inilah akibat melanggar perintah Allah dan mengikut bisikan Iblis laknatullah.
Lalu Allah memerintahkan akan kedua mereka keluar dari Syurga buat sementara turun kedunia sehingga kesuatu masa mereka menemui Tuhan mereka sapertimana yang telah ditetapkan.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment